script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pak Lah Tolak Sidang Khas Parlimen, Bukti PM Takut Hilang Sokongan Ahli BN !!

Biarpun mendapat desakan dari dalam dan luar supaya berundur diri, nampaknya Perdana Menteri Malaysia Pak Lah Badawi masih enggan "beralah". Dalam perkembangan terbaru Pak Lah tetap mempertahankan kerajaannya dan tidak akan melayan tuntutan Anwar supaya mengadakan persidangan khas parlimen untuk berdebat isu "undi tidak percaya". Anwar dalam sidang medianya petang tadi secara jelas menyatakan yang Pak Lah diberi tempoh sehingga 23 September ini, untuk Pak Lah berbuat demikian. Sebelum ini Pak Lah juga "menolak" tatkala diajak bertemu dan berunding dengan Anwar soal peralihan kuasa kerajaan Malaysia. Beliau masih menyatakan bahawa kerajaannya itu masih tetap mendapat sokongan rakyat, walhal sebaliknya. Pak lah dalam pada itu mengatakan bahawa beliau tidak perlu untuk mengadakan sidang khas itu memandangkan Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi. Mengikut jadual persingan dewan akan diadakan semula pada 13 Oktober, iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti. Dalam pada itu Anwar menjelaskan beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut. Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya." Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan. Ketika ditanya mengapa beliau tidak menunggu sahaja sehingga tarikh 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. "Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya," kata beliau.Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya kemelut politik negara yang kian meruncing ini akan terus menjadi persoalan dikalangan rakyat. Biarpun mereka tahu bahawa sememangnya Anwar telah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan, namun kepastian itu kian samar. Terbaru, pihak kerajaan juga beberapa kali cuba mengugut akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Anwar jika beliau terus berdegil untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat. Pak Lah berkata, kelibat Anwar kini telah menyebabkan ekonomi negara semakin merudum selain soal keselamatan. Apakah Anwar bakal ditahan lagi, pada tanggal 20 September ini iaitu tarikh yang sama beliau ditahan di rumahnya Bukit Damansara 10 tahun lalu?. Jika ini berlaku, apakah rakyat akan berdiam diri?. Sesungguhnya kita amatlah berharap agar kemelut ini dapat selesai dengan sebaik mungkin tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru isu ini nanti.

[Strategi dan taktik Pak Lah mengertak Anwar dengan ISA sememangnya sudah dijangka. Itu sahaja jalan terakhir untuk beliau menghumbankan mantan TPM itu sekali lagi ke dalam Penjara Sg.Buloh. Aatas dasar ketakutan dan tekanan yang amat sangat, biar pun beliau tahu kepimpinannya kini ditolak rakyat mana beliau bebas melakukan apa sahaja selahi kuasa ada ditangan. Justeru itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapai dugaan ini dengan kesabaran]
Share:

1 ulasan:

  1. Mereka memang takut dengan kebangkitan rakyat. Kerana itu selagi mereka boleh menggunakan kuasa mereka gunakan walaupun ianya bertentangan dengan kehendak akta itu sendiri.
    Mereka pergunakan media untuk mengaburi rakyat. Mereka kata DSAI pembohong tapi mereka sendiri takut dan hantar MP ke taiwan. DSAI minta sidang khas parlimen tapi mereka berdalih.
    Ini cerita si penakut walaupun mengatakan tidak ada apa-apa yang dia takutkan.
    Bagaimana pun kita mengharapkan peralihan kuasa kerajaan ini biarlah berjalan secara aman dan berhemah. Kita mengharapkan Malaysia akan terus sebagai sebuah negara yang aman dan ekonominya memuncak dan rakyatnya maju. Kerana itu cara DSAI yang bersofan dalam hal ini amat disetujui dan disokongi. Agar tiada siapa yang terjerumus ke dalam kancah Ikut Suka Aku (ISA).

    http://rp-semantan.blogspot.com

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.