MCA Kelantan hari ini meluluskan usul meminta kerajaan mengkaji semula secara menyeluruh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan mewujudkan satu mekanisme untuk menyemak dan mengimbangi penggunaannya. Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan Datuk Dr Ng Yen Yen berkata ini bagi mengelakkan akta yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan itu daripada disalahgunakan pada masa depan. "MCA Kelantan berharap kerajaan dapat mengkaji semula ISA, terutama dari segi kesan dan pelaksanaannya. Contohnya dalam kes penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng baru-baru ini, ramai yang membangkitkan perasaan tidak gembira, bukan dari kalangan orang Cina saja "Kita lihat dia ditahan untuk keselamatan dirinya, kalau untuk keselamatan dia, kenapa nak ditahan di bawah ISA. Tan tidak membawa apa-apa bahaya pun kepada negara, " katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat agung MCA Kelantan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.Turut hadir pemimpin tertinggi parti itu, antaranya Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan. Beliau juga meminta kerajaan bertegas melaksanakan ISA untuk kes yang benar-benar memerlukan peruntukan akta itu sahaja tidak kira terhadap sesiapa termasuk mana-mana pemimpin parti politik, aktivis dari badan bukan kerajaan, atau sebagainya. Dr Ng yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ISA juga perlu disesuaikan dengan keadaan semasa dan bukan mengekalkan sepenuhnya akta yang dahulunya bertujuan untuk menangani anasir komunis.
[Harus diingat bahawa Ng.Yen Yen juga adalah orang kuat MCA Pahang. Maka itu, apakah MCA akan mengikut jejak Kelantan berhubung dengan perkara ISA ini. Perkembangan terbaru ini menunjukkan bahawa bukan sahaja parti pembangkang yang mendesak ISA dihapuskan, malahan juga kini sudah mendapat suara sokongan daripada komponen BN sendiri]






very nice! hahahahaha
BalasPadamits good to know about it? where did you get that information?
BalasPadamim here because of few cents for you. just dropping by.
BalasPadamvery nice! hahahahaha
BalasPadamyeah! its much better,
BalasPadamvery nice! hahahahaha
BalasPadamvery nice! hahahahaha
BalasPadamvery cool.
BalasPadamwhat happened to the other one?
BalasPadam