script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu ISA: Pemimpin BN Sudah Mula Sedar, Akta Itu Menzalimi Dan Menindas Rakyat !!

Tanda-tanda kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional nampak semakin hampir. Berbagai insiden yang berlaku mutakhir ini banyak menjurus ke arah itu. Dengan kenyataan para pemimpin UMNO sendiri yang secara jelas mahukan Pak Lah berundur diri segera. Kemasukan semula mantan PM Mahathir ke dalam UMNO. Isu lompat parti , lawatan BNBBC, perkauman dan terbaru ialah berkenaan Akta Zalim (ISA). Sesungguhnya apa yang berlaku dalam negara kini jelas menunjukkan betapa rakyat sudah muak dan jelek dengan kepmimpina Pak Lah Badawi. Cuma Pak Lah nampaknya masih tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham. Serangan bukan lagi dilakukan oleh pihak pembangkang, malahan juga oleh puak-puak mereka sendiri. Bertelagah sana sini dan banyak menimbulkan kontroversi. Semua ini dilihat sebagai petanda jelas kehancuran parti dan pakatan karat itu bakal berlaku bila-bila masa. Paling menarik ialah penolakan beberapa pemimpin BN sendiri tentang isu tangkapan terbaru ISA yang melibatkan wartawan, ahli parlimen dan blogger baru-baru ini.
Ramai yang tidak setuju akta zalim itu digunakan kerana mereka bukanlah pengganas yang paling dikehendaki. Mereka langsung tidak menguhu-harakan negara serta menakut-nakutkan rakyat. Tetapi mereka ditangkap kerana boleh menjejaskan masa depan kerajaan sebenarnya. Justeru itulah berbagai alasan digunakan terhadap mangsa. Lebih menarik lagi ada sesetengah pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet Pak Lah sendiri juga turut kecewa dengan insiden terbaru ini. Selama ini isu ini hanya mendapat perhatian dikalangan pemimpin parti pembangkang semata-mata. Namun dengan perkembangan terbaru ini, jelas membuktikan bahawa ISA adalah satu akta zalim yang perlu dihapuskan. Jika tidak negara akan senantiasa dirundung malang sampai bila-bila. Akta yang dulunya digunakan untuk membendung pengaruh komunis kini dijadikan alat untuk pihak kerajaan menahan semua individu yang didapati bakal menjejaskan mereka. Antara kenyataan dan laporan tentang kenyataan pimpinan BN sendiri dalam isu :-
Menteri Penerangan minta polis jelaskan
Shabery: Polis mesti perjelas penahanan wartawan Sep 14, 08 3:46pm Polis harus memberi penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery. Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya. "Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di ibu negara malam tadi.
Menteri – sanggup letak jawatan bantah ISA
Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.
MCA – penjelasan Menteri tidak boleh di terima
PETALING JAYA: MCA vice-president Datuk Seri Dr Fong Chan Onn has criticised Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar’s explanation for the detention of Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng. He said Syed Hamid’s explanation that Tan was arrested under the Internal Security Act (ISA) because her life was under threat was “totally unacceptable.” “It was a feeble attempt to justify the use of the ISA on Tan. “By doing so, the police have caused added emotional distress and mental agony to Tan and her family,” Dr Fong wrote in his blog. He also said Syed Hamid’s claim that the detention was done without his knowledge was inconsistent with his explanation.
PPP – ISA undang -undang kejam
Kayveas turut menolak penggunaan ISA untuk tujuan ini. Ini adalah undang-undang kejam dan kita sepatutnya memandang ke hadapan dan bukan ke belakang. ISA tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan sedemikian.

SYED HAMID ALBAR, 13hb Sept 2008 - Tan Hoon Cheng wartawan Sin Chew Daily News di tahan di bawah ISA mengikut senario secara keseluruhan adalah untuk keselamatan dirinya dan untuk disoal siasat. Tan di bebaskan dari ISA selepas 18 jam di tahan. Mungkin ini adalah sikap profesionalisme yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri tersebut. Menteri itu turut mengulas bahawa beliau tidak tahu mengenai tangkapan di bawah ISA dan sama ada terdapat lagi tangkapan yang akan dibuat. Ini adalah tindakan polis untuk menjaga “public order”. Jelas Syed Hamid kelihatan terpaksa menepis persoalan-persoalan yang di kemukakan khusus mengenai penangkapan Tan Hoon Cheng. Rasionalnya tangkapan Tan hanya polis yang tahu kerana rata-rata yang memberi komen mengenai penangkapan Tan tidak jelas logik penangkapan berbanding dengan justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail.
[Jika kita amati benar-benar perkara ini, sememangnya belum pernah terjadi yang begitu ramai pemimpin BN tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan ISA. Sebelum ini mereka melihat ISA adalah sesuatu yang perlu dalam membendung pengaruh pembangkang di negara ini. Namun dengan isu terbaru ini, jelas sekali yang persepsi mereka sudah mula berubah. Apakah mereka juga akan melakukan perubahan untuk negara pula selepas ini?]
Share:

3 ulasan:

  1. ive done something here to have you a few cents!

    BalasPadam
  2. Betul tu. Dah ramai ahli UMNO yang dah mula sedar akan perubahan dalam pentadbiran negara. Kiranya perubahan dalam UMNO diperlukan, kami harap Tengku Razaleigh dapat memberikan satu impak maksima terhadap perubahan dalaman UMNO.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.