Nampaknya bagai yang sudah dijangka, operasai drastik bagi menangkap mereka yang dipercayai boleh menggugat kerajaan sudah dimulakan! Selepas penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu. Maka terbaru Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan. Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini. Menurut laporan, Teresa ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri satu sambutan mooncake di kawasan parlimennya. Tangkapan demi tangkapan terus dilakukan oleh kerajaan ini melambangkan mereka sudah hilang "akal" dan merelakan apa sahaja tindakan asalkan mendapat kepuasan. Penahan wartawan Sin Chew Daily yang membuat laporan perihal Ahmad Ismail juga dilihat bakal mengundang kemarahan masyarakat Cina di negara ini. Sebelum ini umum mengetahui bahawa akhbar berbahasa Cina lebih profesional dalam melaporkan sesuatu isu. Mereka lebih percayakan akhbar itu daripada akhbar arus perdana yang lain. Bahkan ada sesetengah orang Melayu juga lebih suka melihat akhbar Cina walhal mereka tidak tahu membacanya. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat boleh menilai sesuatu berita yang diwar-warkan kepada mereka.
Keputusan pucuk pimpinan UMNO yang hanya mengantung Ahmad selama 3 tahun dilihat satu tamparan hebat kepada pemimpin kaum Cina di Pulau Pinang. Mereka sebenarnya semakin hilang kepercayaan dan keyakinan untuk terus menyokong UMNO dan BN lagi. Lantaran itulah mungkin Pak Lah, ingin "membalas dendam" kepada akhbar dan wartawan terbabit. Bahkan akhbar lain juga yang turut menyiarkan berita "kebobrokan" mereka turut bakal dikenakan tindakan seprti The Sun dan Suara Keadilan. Maka itulah kita melihat keputusan kerajaan untuk tidak menyekat media dan blog baru-baru ini sebagi satu "taktik" untuk memerangkap mereka. Selepas ini kita yakin lebih ramai lagi wartawan dan penulis blog yang akan berhadapan dengan tindakan ini. Apakah ini menunjukkan "era kejatuhan UMNO" semakin tiba !!
Masuk hari ini sudah tiga orang ditahan ISA, esok lusa tidak siapa yang tahu. Apa yang pasti pihak polis sedang berkerjasama dengan kerajaan untuk menangkap mereka-mereka yang dipercayai mengancam "kerajaan BN" atas nama "mengancam keselamatan" rakyat. Semoga penangkapan ini bakal memberi kekuatan serta sokongan yang meningkat kepada usaha Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.
[Harapan kita agar agenda 16 September akan tercapai, demi memberi keadilan kepada semua tahanan ISA yang masih berada dalam "jeriji besi" sekarang ini. Bak kata Anwar, hari ini memerintah maka esok semua tahanan ISA akan dibebaskan !! Bersabarlah demi perjuangan]






weih mangkuk ... teresa kok tu bikin trouble buat petisyen xmo azan daa... hilang akal ke ape ??? kalau semua melayu bangkit camne ??? x ke huru hara cina kena bakar hidup2..siap bom lagi... tu pasal kena ISA ...
BalasPadamwoi...
BalasPadamko x tahu hujung pangkal... ko tuduh je teresa kok...
mangKOK hanyun betul...
ko baca rentetan teresa kok betul betul...
baca ni dulu hah mangKOK!
http://www.malaysiakini.com/news/89560
yaqfursalam betul...