MUADZAM SHAH – Sebuah bilik di rumah seorang peniaga bazar Ramadan di Taman Desa Keratong Indah, di sini, terbakar ketika dia sedang memasak juadah untuk jualan pada petang, Isnin lalu. Menurutnya, amat menyedihkan apabila semua kelengkapan persekolahan empat anaknya dan juga persiapan menyambut hari raya seperti baju serta kasut raya yang baru dibeli pada petang Ahad lalu musnah terbakar. Peniaga, Rowati Sulaiman, 33, berkata, dia tidak menyedari salah sebuah bilik dalam rumahnya terbakar sekitar jam 2.40 petang kerana sedang berada di dapur. “Saya terkejut mendengar suami saya berteriak ‘Allahhuakbar’ kerana menyedari bilik tersebut terbakar selepas terhidu bau asap. “Nasib baik suami yang ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu menyedari kebakaran tersebut,” katanya. Rowati berkata, pada mulanya dia dan suami cuba untuk memadamkan kebakaran itu sendiri, tetapi tidak berjaya. Suaminya kemudian bergegas ke kedai berhampiran untuk mengambil pemadam api di kedai tersebut selain turut menghubungi bomba.“Orang ramai juga cuba membantu memadamkan api menggunakan pemadam api dan air paip bagi mengelakkan api merebak ke rumah jiran. “Suami saya melecur di bahagian muka dan tangan kerana jatuh tersungkur di dalam api ketika sedang memadamkan kebakaran,” katanya. Dalam pada itu, Rowati tetap bersyukur kerana ahli keluarganya selamat walaupun mengalami kerugian. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.50 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama lapan anggota . Bagaimanapun katanya, ketika tiba di tempat kejadian, api telah berjaya dipadamkan orang ramai. “Anggota bomba mengambil masa 15 minit membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan selamat dan jumlah kerugian dianggarkan RM25,000. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
25 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan