script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Lagi Kes Tembak, Kali Ini Di Parit Buntar Perak !


Nampaknya adengan tembak menembak belum berakhir. Selepas di Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan terbaru pengasas Arab-Malaysian Bank di Kuala Lumpur, pagi tadi satu lagi kejadian tembak berlaku di Parit Buntar Perak pula. Apa yang berlaku ini jelas membuktikan penjenayah semakin berani dan tidak gentar dengan ancaman pihak polis terhadap mereka. Justeru, kerajaan digesa melakukan langkah segera untuk membendong insiden sebegini daripada terus berlaku. Rakyat semakin gusar dan takut untuk ke mana-mana jika senario ini berterusan. Kerajaan pernah akui Malaysia adalah negara yang paling selamat di dunia, namun melihat kepada apa yang berlaku ini jelas sekali menggambarkan sebaliknya. Apapun, diharapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat menggembeling tenaga untuk mencari formula terbaik bagi menangani kes ini. Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkata, tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa dalam memerangi jenayah serius bagi mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam di negara ini. Oleh itu, langkah proaktif dengan segera diharap dapat memberi harapan kepada rakyat untuk berasa selamat selepas ini. Jangan hanya bercakap , tapi bertindak.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.