script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ratu Cantik: JAWI Kini Bertindak Buka Kertas Siasatan


SHAH ALAM – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak buka kertas siasatan atas kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina berhubung pertandingan ratu cantik. Siasatan itu di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559). Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, di bawah undang-undang itu, agama Islam memperuntuk mana-mana orang secara lisan atau bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain, menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina. “Selain itu, tindakan mempersendakan, mengajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama atau mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan berhubung agama Islam. “Berdasarkan akta termaktub sekiranya disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya. Che Mat merujuk laporan media bertajuk ‘Peserta Islam Nekad Tanding Ratu Cantik’ berhubung isu empat peserta Islam pertandingan Ratu Cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaan mereka, berkeras bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini. “Berdasarkan artikel itu, dua peserta menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan seumpama itu. “Untuk makluman, fatwa itu diwarta 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wila-yah Persekutuan 1993 (Akta 505) memutuskan bahawa menyertai atau anjur atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam. Oleh itu, kenyataan itu dianggap  hina Islam itu sendiri sebenarnya,” kata beliau. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.