script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Surau Lama Usia 53 Tahun Hangus Terbakar Di Maran !!


MARAN - Sebuah surau berusia hampir 53 tahun di Kampung Bukit Batu Senggora dekat sini hangus terbakar ketika hujan lebat pada kira-kira jam 7.45 malam, kelmarin. Seorang penduduk, Mohd Fahizan Mohd Padzir, 38, berkata, kejadian itu hanya disedarinya apabila secara kebetulan dia keluar dari rumahnya yang berdekatan surau berkenaan selepas berbuka puasa. Menurutnya, keseluruhan surau kayu itu musnah walaupun hujan lebat ketika kejadian. “Ketika saya keluar, saya terkejut melihat surau ini hangus dan hanya tinggal bahagian atap tengah sedang terbakar. “Tiada bau hangit tanda-tanda sesuatu terbakar kerana hujan lebat diselangi petir dan kilat. “Malah tiada apa yang dapat diselamatkan dan saya segera menghubungi pihak bomba dan memaklumkan kejadian tersebut,” katanya. Mohd Fahizan berkata, secara kebetulan pada masa kejadian, tiada penduduk ke surau itu seperti kebiasaan kerana hujan dan berbuka puasa di rumah sahaja. Menurutnya, tidak dinafikan surau itu masih menggunakan pendawaian elektrik lama namun tetap berfungsi sebagai rumah ibadat pilihan penduduk berdekatan sejak dahulu lagi. “Kami difahamkan, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan bukan disebabkan perbuatan khianat. “Satu majlis berbuka puasa yang dijadualkan pada 1 Ogos ini di surau ini bersama pemimpin setempat terpaksa dibatalkan,” katanya. Adun Luit, Nur Hidayah Mohd Shahaimi turut turun padang ke lokasi kejadian. Beliau memaklumkan akan mengambil tindakan susulan dan akan segera mohon peruntukkan untuk bina surau baru di kawasan itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.