script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seorang "Wanita Maut, Dua Parah" Nahas Di Bentong !!


KUANTAN - Seorang wanita maut manakala kakaknya dan seorang lelaki parah, selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya di Km4.6 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong pada Ahad. Sariza Abu Samah, 46, penumpang hadapan kereta itu, mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan, manakala kakaknya pemandu kenderaan itu, Sahridah Abu Samah, 53, seorang guru, cedera parah dan anak Sariza, Muhammad Danish Ilman Saperi, 14, cedera ringan. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, pemandu trak pikap Mitsubishi Storm, S. Nanthakumaran, 36, turut cedera parah. "Dalam nahas 1 pagi semalam, mangsa dalam perjalanan dari Karak menuju ke Bentong. Sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan trak pikap itu," katanya di sini, Isnin. Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang warga emas lelaki, Neo Ah Kok, 79, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Triang-Bahau dekat Pekan Mengkuang, Bera. Dalam kejadian 7.38 malam Ahad, mangsa yang menunggang sendirian secara tiba-tiba terbabas dan jatuh di atas jalan raya. Mangsa disahkan mati 8.15 malam ketika dirawat di HOSHAS Temerloh. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.