script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Insiden Makan Dalam Tandas Sekolah Kini Sudah Selesai

Bukanlah tandas tapi bilik persalinan. Sebelum ini guru-guru ada
buat majlis berbuka puasa dalam kawasan terbabit sebenarnya

SUNGAI BULOH - Isu sebuah sekolah yang membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dan kantin tersebut akan dibuka semula bermula Rabu. "Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai. Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," kata Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan. Beliau berkata pihak kementerian telah mengambil tindakan segera berhubung kes itu dan akan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah lain. "Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar. "Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," katanya pada sidang media di kantin sekoleh itu. Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai. Kamalanathan turut berkata, sekolah itu telah memohon peruntukan daripada kementerian untuk memperluaskan kafetaria yang sebelum ini agak kecil untuk menampung murid-murid di sekolah itu. "Saya akan memberi sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada pihak sekolah," dakwa beliau lagi. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. Sebelum ini murid-murid makan di sini...tetapi apabila bulan puasa...budak bukan islam sahaja yang makan (India). Maka inilah peluang mereka nak cipta isu dan menunjukan yang kaum india disisih dan dibuli. SEBENARNYA YANG MERAKAM GAMBAR DAN MEMBAWA ISU INI SEHINGGA PANAS ADALAH MEMPUNYAI AGENDA UNTUK KAUM MEREKA TERSENDIRI...DEI TAMBI...JANGAN SILAP BAWA...TAPAK KAKI KENA MUKA BARU TAU...DAH BAGI BETIS NAK PEHA PULAK. JANGAN NAK BESAR KEPALA...JANGAN LUPA ASAL USUL KAMU. DASAR BANGSA KITOL.....

    BalasPadam
  2. Cuba Fikir

    Kenapa guna bilik persalinan?
    Bilik persalinan ke tandas ke diorg kata sama kotor. Tapi cuba tengok dlm gambar kotor tak. Pastu kalau kantin dah renovate takan nak suruh budak makan dlm bilik darjah sah-sah lah kotor bilik darjah, macamlah budak-budak berdisiplin sangatlah makan. Abis nak bukak kemah kat tempat perhimpunan ke? Pastu letak meja alah-alah org kahwin sah rentung budak-budak bertambah belegamlah si anak India.

    Kenapa tak hadir mesyurat PIBG?
    Lain kali kalau tak hadir perjumpaan PIBG tolong jgn terus buat kecoh kat media pergi sekolah tanya dulu. Lepas ini mesti budak yg mak dia buat kecoh tak tentu arah tu malu nak pergi sekolah.

    Salahkah pihak sekolah?
    Mesyurat dah diadakan dan persetujuan dah capai so sepatutnya tak jadi isu. Cuma memanglah tak patut tapi kadang kala penyelesaian kepada sesuatu masalah bukan yg terbaik dalam pilihan tetapi yg terpaksa dibuat. Lagi pun sementara je.. Awal-awal lagi kenapa tak buat aduan baru sekarang nak kecoh sah-sah mak bapa baru perasan dok hantar anak sekolah je tak tahu cerita pasal sekolah. Rasanya budak -budak tak kisah cuma parent je yg terlebih kecoh. Kalau sekali pun kantin tak buka takkan lah mak bapa tak boleh belikan makanan utk anak sendiri kot. Dulu aku pergi sekolah hari-hari mak I bekalkan. Pergi supermarket belilah nuget ke drummet ke hotdog ke pastu bangunlah pagi sikit gorengkan makan utk anak. Kalau anak kebulur kat sekolah sah-sah ini jenis mak yg tak reti bangun pagi. Serah anak bulat-bulat kat sekolah. Sekolah mesti ada buat anisiatif lain kalau kantin tutup cuma sebab dah marah anisiatif ini diorg kaburkan.

    Pengajarannya...
    Sekolah:-
    Kena hantar surat warna merah kat setiap ibu bapa supaya mereka tahu kantin tutup pastu guna bilik persalinan sebagai gantian. Masuk sekali gambar so diorg tahu tak jadi org bodoh lembu dicucuk hidung

    Ibu bapa:-
    Pergi PIBG punya meeting, buat aduan ke sekolah dulu, cari tanda persetujuan baru go public. Jgn jadi bidan terjun, terejah je... siap hari bulan lumpuh kena kat muka. Korbankan sikit masa nak turun padang tanya isu yg berlaku disekolah jgn dok ingat nak cuti jalan je. Bapak dgn mak aku kerja jugak dulu pergi je PIBG sekolah. Sekali dua je miss.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.