KUANTAN - Empat lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun dipercayai menjadi dalang dalam kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih di sini, minggu lepas berjaya diberkas.
Kumpulan itu berjaya diberkas dalam tempoh empat jam selepas jenayah dilakukan dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan dan tindakan pantas pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 malam itu empat penjenayah telah menceroboh stesen minyak berkenaan dan membawa lari sejumlah wang bernilai RM 2000 serta barangan berharga milik pekerja.
Menurutnya, mereka telah melarikan diri menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil tetapi dengan maklumat yang ada, kesemua berjaya ditangkap dalam tempoh singkat.
“Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis turut merampas senjata yang digunakan ketika menyamun termasuk parang dan pisau pemotong daging.
“Selain itu lima telefon bimbit milik mereka turut dirampas dan hasil siasatan mendapati kumpulan ini memang bergiat aktif dalam jenayah samun di sekitar daerah ini," katanya.
Kata Mohd Jasmani, dengan tertangkapnya ahli kumpulan itu pihaknya turut berjaya menyelesaikan 15 kes samun bersenjata termasuk kejadian di sebuah hotel di Kuantan. “Berdasarkan kes ini, ia dapat memberi kesedaran mengenai betapa pentingnya pemasangan CCTV yang berkualiti tinggi,” katanya pada sidang media selepas taklimat bersama wakil institusi kewangan, pengurus kedai emas, pajak gadai dan pemilik pasar raya di IPD, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, beberapa lagi kejayaan telah dilakukan oleh IPD Kuantan termasuk cubaan samun dan curi motosikal. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
27 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan