KUALA LUMPUR - Kakitangan Pos Malaysia mengutip semula lambakan surat yang dibuang ke dalam gaung berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang.
Kira-kira 50 pekerja yang membawa bersama beberapa beg besar berwarna putih untuk memuatkan kesemua surat tersebut.
Tiga van Pos Malaysia ditempatkan di kawasan tersebut.
Tinjauan kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad mendapati, kesemua kakitangan memeriksa kawasan itu sebelum menuruni gaung untuk mengutip surat-surat yang tidak dihantar.
Tugas sukar itu berjaya diselesaikan dalam tempoh dua jam.
Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Khamil Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Iskandar Mizal Mahmood turut berada di kawasan itu untuk menyelia dan memantau operasi.
"Kami juga sedang meninjau kawasan sekeliling. Pos Malaysia mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai. Kami komited menyediakan perkhidmatan penyerahan tepat pada masanya," kata Ketua Kumpulan Bahagian Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim.
Pada Sabtu, akhbar melaporkan bahawa beberapa penduduk menjumpai lambakan surat yang tidak dihantar di dalam gaung.
Pos Malaysia telah memecat ketiga-tiga posmen yang terlibat.
Insiden itu menyebabkan beberapa penduduk di Ukay Heights kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab.
"Kami terkejut dan marah apabila mengetahui perkara itu. Ada di antara kami tidak terima surat dalam tempoh lebih enam bulan.
"Suami saya tidak terima surat dari klien, penyata bank, cek dan surat dari keluarga kami di luar negara dan semua bil.
"Saya berharap agar Pos Malaysia dapat serahkan surat itu dengan segera," kata suri rumah Hazarina Manang. #sumber
Lambakan beribu-ribu surat yang tidak dihantar ditemui dibuang di sebuah gaung di Ukay Heights.
Tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang adalah gaung yang subur dengan rahsia kotor.
Gaung ini telah dikenal pasti menjadi tempat lambakan ribuan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab memandangkan kedudukkannya yang agak terpencil .
Dulu pernah juga negara kita digemparkan dengan kejadian serupa dan pihak Pos Malaysia telah membuat ikrar memastikan kepada rakyat kejadian serupa tidak akan berulang lagi.
Janji tinggal janji.. Ikrar sekadar penyedap mulut dan halwa telinga.
Ini kisah yang dapat dikesan..apa cerita ditempat-tempat lain?
Sekadar nak tanya... Siapa yang ambil alih Pos Malaysia sekarang?.
Harga setem telah dinaikkan tapi mutu penghantaran masih ditakuk lama. Ambillah iktibar semua ini. #sumber







Memang patut la dipecat tu.. klu dah malas tak payah keje..
BalasPadamPos Malaysia mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai. Kami komited menyediakan perkhidmatan penyerahan tepat pada masanya," kata Ketua Kumpulan Bahagian Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim.Haa...Haaaa. Memang tepat dan cepat...tapi tepat kedalam gaung la. Sepatutnya boss Pos kalau ada kemaluan dan maruah...perlu letak jawatan tanpa dinasihati.
BalasPadamni sikap pekerja y x amanah pada tugas. masalh personel.
BalasPadam