KUANTAN -"Saya amat berharap permohonan untuk dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat diluluskan kerana saya tidak mempunyai sumber pendapatan untuk membesarkan dua anak yang masih kecil."
Demikian rintihan seorang ibu tunggal muda yang kematian suami akibat kanser tulang tahun lalu.
Ibu tunggal berkenaan, Intan Nursyakira Suliman, 22, berkata, ketika suaminya, Nazaruddin Ramlan, 27, masih hidup, mereka menetap di Johor namun kini dia dan dua anak yang berusia setahun serta dua tahun berpindah ke Beserah untuk menetap bersama keluarganya.
Katanya, kehilangan suami amat dirasai terutama apabila tibanya hari raya.
"Arwah tidak pernah menunjukkan tanda menghidap kanser, penyakit itu menyerang secara tiba-tiba dan arwah meninggal dunia selepas sebulan disahkan menghidap penyakit itu," katanya.
Kata Intan Nursyakira, dia tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja disebabkan perlu menjaga anak yang masih kecil.
"Saya terpaksa bergantung penuh kepada keluarga untuk menampung keperluan kami tiga beranak," katanya.
Katanya, dengan bantuan JKM itu nanti dapatlah dia membeli susu, lampin, makanan serta ubat-ubatan untuk anaknya.
Dia berkata demikian pada majlis sumbangan Ramadan anjuran Wanita UMNO Indera Mahkota, kelmarin. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
30 minit yang lalu






BalasPadamHalo semua, saya Jessica. Kad ATM kosong yang saya dapatkan dari hacker ATM Mike Fisher yang kosong menyelamatkan nyawa saya. Saya berada dalam situasi yang sangat buruk dari segi kewangan tetapi kemudian kawan saya memberitahu saya mengenai mereka. Saya ragu-ragu mengenainya tetapi dia meyakinkan saya bahawa ia bekerja untuknya jadi saya memerintahkan satu dan di sini saya, kembali pada kaki saya. Yang terbaik di luar sana dengan pelbagai pengeluaran sehingga $ 80000 sebulan, penggunaan mudah dan sangat selamat juga, ia ketibaan adalah kurang dari seminggu. Jika ada sesiapa yang memerlukan penjimatan kewangan, anda boleh menghubungi mereka di blankatm001@aol.com. Saya tidak dapat menyatakan betapa saya berterima kasih kepada blankatm001@aol.com kerana meletakkan saya dalam kedudukan kewangan yang lebih baik. E-mel: blankatm001@aol.com