KUALA LUMPUR - Anggota UMNO dinasihat bermuzakarah sesama sendiri bagi mengelak perebutan jawatan sepanjang pemilihan di peringkat cawangan yang sedang berlangsung sejak Isnin lepas hingga 30 Ogos ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka perlu berpegang kepada Fasal 3 perlembagaan parti, yang antara lain menegaskan bahawa UMNO merupakan sebuah parti politik yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam. "Jadi dalam Islam duduk muzakarah dan berbincanglah siapa nak jadi ketua dan sebagainya," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa di surau As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini semalam.
Katanya dasar perjuangan parti itu adalah berteraskan al-Quran dan Sunah, justeru mana-mana anggota yang ingin memegang jawatan dalam parti perlu mempunyai niat yang telus dan utamakan tanggungjawab kepada rakyat.
Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin masyarakat Cina di Parlimen Cheras mampu kembali kepada (BN) jika golongan itu diberi penjelasan dan diyakinkan semula mengenai usaha kerajaan BN perjuangkan nasib semua pihak.
"Walaupun Cheras tak pernah sumbang kerusi, tetapi kerajaan sentiasa melihat dan perhati rakyat di sini," katanya lagi. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
29 minit yang lalu






ha!ha!ha..
BalasPadamhahahahha kahkahkah
BalasPadamBiasaklah....orang jahat kalau dah nak mampus akan berubah jadi baik dan alim....Haaaaa....Haaaa. Cuba tipu malaikat la tu!!!!Perangai SPR gamaknya.
BalasPadam