script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mak Nyah Parah Di Belasah Empat Lelaki Di Kuantan !!


KUANTAN - "Kejadian berlaku sekelip mata, mereka bukan sahaja memijak-mijak badan saya, malah menyerang menggunakan pisau, besi dan kayu hoki," kata seorang pembantu dapur yang mendakwa diserang empat lelaki di Jalan Bukit Ubi, 4 Julai lalu. Mangsa seorang mak nyah warganegara Thailand yang hanya mahu dikenal sebagai Lily, 33, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi semasa dia bersama abangnya, Mr Maya Eh pulang dari sebuah kedai makan berhampiran kediaman mereka. Menurutnya, tiba-tiba datang empat pemuda menaiki dua kereta jenis Proton Wira berhenti dan terus menyerangnya tanpa belas kasihan. "Masa itu saya sedang berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba sahaja saya dah tersungkur di atas tanah dan kepala terasa sakit sangat. "Bila terasa air panas (darah) mengalir ke muka baru saya sedar saya telah dihentak dengan kuat menggunakan objek keras, " katanya. Dia ditemui semasa menerima kunjungan ADUN Teruntum, Sim Chong Siang dan wakil Kelab Sahabat, Drug Invention Centre, Malaysia Cawangan Pahang. Lily berkata, akibat ketakutan dan tidak berdaya, dia tidak berupaya menyelamatkan diri dan hanya membiarkan diri terus dipukul bertubi-tubi. Katanya, abangnya yang berada di tempat kejadian juga tidak mampu berbuat apa-apa selain merayu kepada keempat-empat lelaki terbabit supaya berhenti memukulnya, namun mereka tidak peduli, malah seolah-olah mahu membunuhnya. "Selepas puas mereka membelasah saya, saya ditinggalkan begitu sahaja. Dalam keadaan berlumuran darah, abang saya terus minta pertolongan kawan terdekat untuk menghantar saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. “Selama tiga hari saya berada di unit rawatan rapi kerana tidak sedarkan diri dan menerima 73 jahitan di kepala, selain luka di kening kiri. Terdapat juga kesan tendangan di dada serta bengkak-bengkang di beberapa bahagian badan,” katanya. Lily berkata, dia langsung tidak mengenali kumpulan lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20-an itu, malah tidak pernah pun berurusan dengan mereka. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.