script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peniaga Tuntut "Duit Tercicir" Di Jumpai Warga Emas


TEMERLOH – Misteri penemuan seikat wang oleh seorang penoreh getah di sini empat hari lalu terjawab apabila seorang peniaga tampil menuntut wang tersebut. Peniaga terbabit yang enggan dikenali berkata, wang itu tercicir ketika dia dalam perjalanan keluar untuk urusan perniagaan dan disebabkan keadaan kelam kabut, dia meletakkan wang niaganya di atas bumbung kereta. Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan wang tersebut apabila tiba di tempat perniagaan kira-kira 10 kilometer dari rumahnya. “Saya anggap duit ini sudah lesap, tetapi nasib baik ditemui seorang hamba ALLAH yang jujur dan pulangkan semula kepada saya,” katanya. Peniaga tersebut berkata, dia berjaya menjawab dengan tepat jumlah sebenar wang dalam ikatan dan bungkusan plastik merah itu iaitu RM8,072 apabila disoal penoreh getah terbabit. “Saya juga menjawab dengan tepat beberapa soalan dikemukakan penoreh getah terbabit dalam usahanya memastikan wang itu adalah benar-benar milik saya,” katanya. Peniaga terbabit berkata, dia mengetahui mengenai penemuan wang tersebut setelah membaca Sinar Harian selepas berbuka puasa kelmarin. “Saya hanya membaca surat khabar selepas buka puasa, sebaik baca cerita pasal penemuan wang ini, saya terus menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh dan dibawa bertemu dengan penoreh getah ini,” katanya lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.