Heboh dilaman sembang sosial, calon PAS, Endut @ Azlan Yusof "menang percuma" Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Ini kerana kesalahan besar yang dilakukan oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman apabila disengaja atau tidak sengaja telah mempamerkan "kertas undi" beliau kepada pihak media pagi tadi. Beliau berbuat demikian ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Menengan Kebangsaan Besut. Tindakan beliau itu jelas sekali melanggar Akta Pilihanraya dan sepatutnya dia telah "hilang hak" sebagai calon. Berdasarkan kepada Akta 5, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta Kerahsiaan Dalam Pilihanraya) jelas sekali menggariskan fasal 1; Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain (kemudian daripada ini disebut “orang yang dibenarkan” dalam seksyen ini) yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi pos, atau di sesuatu tempat mengundi, atau pada masa pengiraan undi, hendaklah, sebelum hadir sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya mengikut Borang A dalam Jadual Pertama, fasal 2; Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu.
Fasal 3: Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. Soalnya, apakah beliau akan disabit dengan kesalahan ini hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukannya. Apapun, apa yang berlaku ini mungkin tidak disedari oleh calon BN terbabit. Mungkin dek keran teruja untuk mengundi hingga tergamak pamerkan kertas undi yang rahsia itu kepada pihak media agaknya. Nantikan info selanjutnya. #sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan