RAUB - Tidak dapat digambarkan betapa suramnya sambutan lebaran kali ini apabila rumah pusaka yang menjadi tempat berhimpun 10 beradik setiap kali Syawal, musnah dalam kebakaran, Jumaat lalu.
Fatimah Abdul Jamil, 50, berkata, rumah itu diwariskan kepadanya sebagai anak ke sembilan daripada 10 beradik.
Menurutnya, memandangkan dia bekerja di ibu kota, rumah itu diamanahkan kepada adik bongsunya, Jeffri Abdul Jamil.
"Hanya tinggal kurang tiga minggu lagi menjelang Syawal, kami sekeluarga diduga dengan kehilangan rumah yang menyimpan lebih 50 tahun kenangan bersama.
“Nampaknya raya kali ini, adik-beradik terpaksa berkumpul di rumah salah seorang daripada kami.
"Namun, kami bersyukur apabila Jeffri terselamat dalam bencana itu tersebut," katanya. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan