script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ibu Lega Bayinya "Mengidap Sakit Jantung" Kian Pulih


KUANTAN - Hari raya kali ini memberi sedikit kelegaan kepada seorang ibu apabila bayinya, Muhammad Syukur Aziddin, 6 bulan, yang menghidap jantung berlubang menunjukkan perkembangan positif. Ibu berkenaan, Rosmani Sani, 34, berkata, anaknya kini menerima rawatan untuk meningkatkan kuantiti darah dalam badan sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini, anak bongsu daripada enam beradik itu mengalami sakit jantung berlubang yang agak membimbangkan selepas disahkan doktor ketika usianya 14 hari. “Pada masa itu, keadaan dia agak membimbangkan dan mendapat rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua bulan. “Sebaik keluar dari wad, doktor memberikan ubat untuk diberi kepada Muhammad Syukur dan sehingga kini, banyak perkembangan positif dapat dilihat,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Kuantan, di sini. Rosmani berkata, anaknya kini kembali aktif dan boleh meniarap seperti bayi seusianya. “Saya bersyukur kerana dia semakin sihat dan doktor maklumkan bahawa lubang di kedua-dua jantungnya semakin mengecil,” katanya. Pada 14 Februari lalu, Syukur diterbangkan dari Pulau Tioman gunakan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) ke Kuantan untuk dapatkan rawatan kecemasan di HTAA memandangkan keadaan bayi itu sangat lemah. Rosmani berkata, dia dan suami, Aziddin Hassan, 39, kini buat keputusan menetap di Kuantan adalah bagi memudahkan anaknya menerima rawatan susulan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.