script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Pahang Di Beri Ingatan Tumpu Semua Kes Jenayah


KUANTAN - Polis diingatkan supaya berikan perhatian secara menyeluruh terhadap semua kegiatan jenayah yang berlaku dengan tidak hanya tertumpu kepada kes-kes berprofil tinggi seperti bunuh sahaja. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (foto) berkata, nasihat tersebut dinyatakan dalam mesyuarat keselamatan yang dipengerusikan baru-baru ini. "Dalam mesyuarat itu, saya telah nasihatkan polis umpamanya jika ada orang melaporkan kes seperti kecurian kereta, ada polis menegur orang itu seperti mengapa tidak kunci kereta dan ini tidak sepatutnya berlaku. "Sepatutnya sebagai pasukan keselamatan, kita perlu ambil apa jua kes jenayah yang berlaku dan tidak hanya berikan tumpuan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ini penting demi keadilan semua pihak," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pusat Data - Kepentingan Pengurusan dan Keselamatan Untuk Sektor Awam di sini. Safian juga mengingatkan pihak polis supaya tidak terlalu tekankan kepada soal indeks seperti berlaku penurunan indeks jenayah di negeri ini. "Saya sebenarnya tidak berminat cerita soal indeks ini, kita duduk cakap indeks turun tetapi jenayah berlaku juga. Apa yang orang hendak lihat bukan indeks tetapi penyelesaian," katanya. Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan kejadian pecah masuk ke atas rumah negeri di Taman Gelora baru-baru ini. "Ini kali kedua rumah negeri ini dipecah masuk dan daripada laporan, pencuri masuk melalui atap,'' katanya.#sumber
Share:

1 ulasan:

  1. harap polis hukum perogol yang merogol dimaran.diantara perogol adalah dua orang adik beradik merupakan pelajar sekolah agama jaip.ayah mereka merupakan orang berpengaruh dimaran dan juga merupakan pengerusi PIBG disebuah sekolah menengah.akak merupakan calon baru dalam pru 13 baru2 ini.harap pihak polis telus dalam siasatan dan tidak berlaku pilih kasih.rakyat pahang kebanyakan tahu kes ini.cuma ingin melihat sejauh mana ketelusan pihak polis dalam menjalankan kerja.diharap pdo dapat menyiarkan berita yang telus.jangan jadi seperti media arus perdana yang lain.selalu menyembunyikan berita sebenarnya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.