script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiga Lagi Mangsa Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya !


KUANTAN - Dua penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki dilaporkan terbunuh dalam tiga nahas berasingan di negeri ini, kelmarin. Dalam kejadian di Kilometer 14 Jalan Sungai Ruan-Sungai Klau dekat Raub petang kelmarin, Lee Chong Yui, 18, dari Kampung Sungai Ruan maut di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, dalam nahas jam 6.15 petang itu, seorang guru praktikal yang juga pemandu Myvi, Faiznurhanem Ismail, 23, dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Mempaga. Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, guru terbabit memotong sebuah kenderaan di hadapan dan cuba masuk semula ke laluannya. “Mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu melanggar kereta yang berada di laluannya. “Keterangan pemandu Perodua Myvi sudah diambil untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang pemuda Orang Asli, Azara Kassim, 22, yang membonceng sebuah motosikal terbunuh sementara rakannya, Rosbadri Bahari, 16, cedera parah selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah jip. Wan Samsuddin berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam di Kilometer 340 Jalan Raub-Cheroh itu, pemandu jip, Lee Siu Poh, 76, dari Kampung Baru Cheroh dalam perjalanan dari arah Batu Talam hendak masuk ke simpang kanan. “Tiba-tiba motosikal dinaiki dua rakan itu datang dari arah bertentangan lalu merempuh jip terbabit. "Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala,” katanya. Di Kuantan pula, seorang pejalan kaki, Mohd Kaslan Muda, 45, maut dilanggar sebuah van di Kilometer 50 Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, lewat malam kelmarin. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam nahas jam 12.55 tengah malam itu, van dipandu Wan Rozali Wan Abdulah, 53, dari arah Kuantan menghala ke Kemaman. “Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu van ternampak mangsa cuba melintas jalan, namun dia gagal mengelak lalu melanggarnya. “Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu van terbabit tidak alami sebarang kecederaan,” katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.