KUANTAN - Kira-kira 80 peratus kes Hepatitis B dan C direkodkan di negara ini membabitkan penghidap berumur antara 25 tahun hingga 55 tahun, dengan 60 peratus daripadanya penagih dadah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata angka itu menunjukkan sesuatu yang malang bagi Malaysia kerana lingkungan umur terbabit adalah kumpulan sangat produktif sebagai penyumbang modal insan kepada ekonomi negara.
“Tahun lalu, ada 2,637 kes baru, meningkat berbanding 2010 iaitu 2.27 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk, kepada 8.99 pengidap hepatitis B.
“Bagi kes Hepatitis C pula menunjukkan peningkatan 2.56 peratus kepada 5.91 bagi setiap 100,000 penduduk.
“Peningkatan kes adalah disebabkan arahan kementerian supaya pengamal perubatan melaporkan semua kes Hepatitis akut dan kronik (kepada pihak berkuasa kesihatan),” katanya berucap merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Norhizan Ismail. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
27 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan