script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aliran Trafik Di Bandar Kuantan Kini Semakin Lancar !!

KUANTAN - Tinjauan krew PDO ke lokasi-lokasi tumpuan seperti di Jalan Mahkota, Jalan Besar, Jalan Tun Ismail, Jalan Gambut dan Jalan Beserah sekitar jam 3.00 hingga 4.00 petang hari ini (29 Julai) mendapati kesesakan sudah tidak kelihatan lagi. Kenderaan bergerak dengan lancar dan selesa tidak seperti sebelum ini. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atas maklumbalas yang diterima daripada orang ramai. Antara jalan utama yang telah dibuka semula untuk laluan ialah Jalan Teluk Sisek. Dengan pembukaan semula jalan ini maka orang ramai yang ingin ke Teluk Chempedak dari arah Jalan Mahkota (Komplek Teruntum) kini boleh mengikuti laluan biasa seperti sedia kala. Mereka tidak lagi perlu ke kiri selepas Pejabat Pos Besar, sebaliknya masuk ke kanan selepas Hotel Suraya dan kemudian ambil jalan kiri untuk terus ke simpang lampu isyarat Tanjung Lumpur. Dengan perubahan ini, jelas sekali kelancaran trafik dapat dikawal dengan baik walau pun banyak rungutan daripada orang ramai. Kelihatan beberapa orang petugas MPK menjaga laluan berkenaan. Bagi laluan lain, termasuk jalan empat lorong ke dua lorong berhadapan Pejabat Kastam ke Jalan Besar, juga tidak sesak seperti biasa. Kini orang ramai dilihat dapat bergerak dengan lebih selesa tanpa ada lagi gangguan trafik melainkan pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai mula keluar dari pejabat yang  berpusu-pusu untuk beli juadah berbuka puasa di bazar-bazar Ramadan sekitar bandar Kuantan.

Jalan Mahkota berhadapan Pejabat Pos Besar dan Bangunan UMNO  aliran trafik berjalan lancar.  Situasi di Jalan Merdeka ke Jalan Gambut tenang jam 4.16 petang

Lokasi di Jalan Mahkota bermula dari Komplek Teruntum ke Hong Kong & Shanghai Bank jelas sekali keadaan trafik mula lancar sekitar jam 3.13 petang 


Lokasi di Jalan Tun Ismail dari arah simpang empat Kamdar - Komplek Belia - Megamall terus ke Jalan Beserah, tiada kesesakan jalanraya  jam 3.30 petang

Lokasi di Jalan Gambut, bermula dari simpang stesen minyak Shell - TNB - Grand Continental hingga ke Wisma Persekutuan. Keadaan juga terkawal dan amat lancar

Lokasi di Jalan Tun Ismail dari arah Jalan Wong Ah Jang - Pasar Besar - Maybank - Kamdar dan MS Garden. Jalan2 dilihat agak lengang dan teratur tanpa kesesakan

Lokasi di Jalan Wong Ah Jang dari arah Hotel Bersatu simpang Jalan Penjara ke persimpangan Jalan Bukit Ubi - Jalan Tun Ismail berhampiran Hotel Greenleaf

Lokasi di Jalan Besar berhadapan OUB Bank dan Pejabat Kastam. Jalan ini jadi isu kerana jalan empat lorong Teluk Sisek masuk ke jalan dua lorong Jalan Besar. 

[Paparan yang dibuat oleh PDO ini bukanlah untuk menidakkan adanya berlaku kesesakan jalanraya seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak. Namun, adakalanya pihak-pihak yang menghentam, mengutuk dan mencaci tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) perlu menerima hakikat bahawa perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan jangka masa panjang. Jika lihat masa yang pendek memang berbagai komen dan tohmahan boleh dilontarkan sesuka hati. Bayangkan selepas sekian lama jalan-jalan di bandar Kuantan tidak berlaku perubahan, tiba-tiba ia dilaksanakan secara menyeluruh kali ini. Sudah pasti risikonya tetap ada. Namun, dari sehari ke sehari perubahan itu menampakkan hasilnya. Lihat bukti tinjauan yang dibuat oleh PDO sekitar jam 3.00 hingga 4.00 petang (29 Julai) jelas menunjukkan keadaan jalanraya kini semakin teratur dan kian lancar. Benar, dakwaan pihak tertentu kesesakan akan berlaku pada waktu puncak. Namun mereka harus ingat, sebelum ini pun waktu puncak memang berlaku kesesakan. Mana mungkin waktu jam 5.00 petang perlu diambil sebagai penanda aras kerana ketika itu orang ramai keluar opis dan berpusu-pusu ke bazar Ramadan. Jalan terbaik ialah waktu yang PDO pilih ini, supaya menggambarkan kesesakan hanya berlaku pada waktu-waktunya. Maka itulah MPK menjalankan kajian dan percubaan selama tempoh tiga bula atas perubahan ini. Rakyat perlu memberi kerjasama dan sokongan bukannya cacian serta kutukan semata-mata. Perubahan ini adalah sebagai persiapan untuk membawa MPK ke arah bandaraya menjelang 2014 nanti sebenarnya. Justeru, berikan ruang kepada MPK untuk buat tindakan].
Share:

3 ulasan:

  1. Penghuni KuANTAN

    TQ laporan PDO.... saya kira belum lagi memuaskan dan lancar kerana
    gambar2 yg diambil sekitar jam 3.00 hingga 4.30 ptg ygmana kakitangan pejabat belum lagi keluar/pulang.

    Untuk makluman PDO... 2 masa kakitangan jabatan Kerajaan tamat/habis tugas dan keluar pejabat untuk pulang ialah jam 5.00 & 5.30 ptg. Harap Makmlum

    BalasPadam
  2. masa pulang itu bukan dikira waktu kritikal sbb mana2 bandar pun waktu org balik pejabat akan jem dan masa jalan lama dulu pun memang jem tambah2 bulan ramadan org beli juadah berbuka puasa.. ok dah dah laporan ni

    BalasPadam
  3. aku hari hari gi bando ,,,muduh aku kata MPK bodo

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.