script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perkasa Gesa Fatwa Haramkan Syiah Di Warta Segera !!


KUANTAN  - Fatwa mengharamkan fahaman Syiah di negeri ini perlu diwartakan segera bagi memastikan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam itu tidak menular secara berleluasa. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, pihaknya menjunjung kasih kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa negeri ini akan mewartakan pengharaman ajaran Syiah bagi membendung penularannya. "Biarpun fahaman ini telah lama disedari, pewartaan itu baharu sahaja diperkenankan dan ini merupakan satu titik tolak terbaik bagi menyekat fahaman tersebut daripada menular di negeri ini. "Pewartaan itu perlu bagi mengelak umat Islam terjerumus dalam pertelingkahan akidah akibat terpengaruh dengan fahaman ini. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di negeri ini," katanya. Baru-baru ini, Tengku Abdullah bertitah, Pahang akan mewartakan pengharaman ajaran syiah bagi membendung penularannya yang boleh membawa kesan negatif kepada akidah umat Islam di negeri ini. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, pengharaman ajaran itu sudah lama dilaksanakan, cuma belum diwartakan lagi. Abd. Wahid berkata, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau bukan sahaja universiti malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan agama dan penceramah bebas bagi mengelakkan fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam menular secara berleluasa. Beliau berkata, biarpun mereka yang berfahaman Syiah tidak begitu ramai, kerajaan perlu melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan penularan fahaman itu di negara ini dapat dibendung. "Sekarang pun kita sudah dapat lihat di negara ini bagaimana orang Islam sendiri mengkafirkan sesama Islam, menghina nabi dan ini adalah titik permulaan fahaman Syiah mula menular. "Antara langkah terbaik ialah mewartakan segera fatwa menyekat penyebaran Syiah, jika perkara ini tidak diambil serius fahaman ini pasti akan terus menular dengan berleluasanya di negeri ini," kata beliau. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.