script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Empat 'Penuntut UMP' Bakal Jalani Latihan Di Jerman !


KUANTAN - Sebanyak empat daripada 16 penuntut dwi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditawarkan menjalani latihan industri di Jerman selama enam bulan bermula September ini. Mereka yang merupakan perintis program kejuruteraan Jerman dalam bidang mekatronik berpeluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan di negara tersebut. Penuntut terbabit yang terpilih ialah Wan Nurul Farah Liyana Razali, 23, dan Chew Yen Ying, 23, yang ditempatkan di syarikat Robert Bosch GMBH, Mohamad Redzuan Samad, 23, di syarikat Watlow GMBH, manakala Fathi Zaidan Jamaludin, 23, pula di Syarikat Infineon di Regensburg Bavaria. Pengarah Pusat Akademik dan Kerjaya Jerman (GACC)-UMP, Brian Trenaman berkata, universiti tersebut merupakan IPTA pertama negara ini menawarkan program kejuruteraan dwi ijazah peringkat Ijazah Sarjana Muda Automotif dan Mekatronik dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HsKA) dari Jerman. "Pihak GACC turut berperanan dalam membantu penuntut mendapatkan penempatan menjalani latihan industri sama ada di luar negara atau syarikat Jerman di negara ini. "Peluang bekerja di Jerman mampu dimanfaatkan penuntut terbabit untuk menimba pengalaman bagi memenuhi keperluan industri selain melengkapkan pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan," katanya baru-baru ini . #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.