script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Beradik Maut, "Kereta Di Rempuh Bas Persiaran" !!


KUANTAN - Dua beradik terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di hadapan Kompleks Mahkamah Kuantan dekat Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam nahas 10.30 pagi itu, Arif Akmal Ab Razak, 22,  dan adiknya, Aniq Ihsan Ab Razak, 16, dalam perjalanan dari Jalan Kuantan-Bypass menghala ke Semambu. "Dipercayai di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Wira yang menyusur keluar dari kompleks Mahkamah telah mengubah lorong dari kiri ke kanan secara tiba-tiba. "Akibatnya kereta yang dinaiki dua beradik itu melanggar belakang kereta Proton Wira sebelum dirempuh sebuah bas persiaran dari belakang," katanya. Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kedua-dua beradik yang berasal dari Kampung Teluk Mahang, Gambang meninggal dunia di tempat kejadian. "Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambah beliau. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Kereta ni hilang kawalan...sebab proton buruk. Manakala bas express pula pemandu belum sempat brek dah terlanggar kereta tu...Kamu faham tak maksud di atas????.
    1) Bas express tu dipandu dengan laju dan melebihi had laju dibenarkan.
    2) Bas express tu dipandu terlalu dekat dengan kereta yang malang tu...apabila kereta yang malang tu membrek supaya tidak terlanggar proton wira...bas yang gagah dan mahal harganya tu tak sempat membrek lalu melanggar kereta buruk yang malang tu.

    Di Malaysia sekarang ni...kalau kamu miskin dan susah apabila sesuatu berlaku...Kamu akan disalahkan dan dihukum...Orang kaya boleh upah peguam lawan kes sampai menang.

    Satu lagi maklumat...Sekarang banyak warga asing datang ke Malaysia mengunakan pas lawatan sosial...Selepas melancung...mereka akan mensasarkan rumah-rumah orang kaya untuk dirompak sebelum pulang ke negara asal...KPN jangan sangkal membuta tuli...siasat dulu kebenarannya...buat kerja pakai akal...jangan pakai capai saja.!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.