script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jalan Berubah, RapidKuantan Tukar Laluan Sementara !


KUANTAN - Sebanyak enam daripada 12 laluan bas RapidKuantan akan menjalani perubahan sementara berikutan beberapa jalan utama di bandar ini akan bertukar menjadi sehala bagi mengurangkan kesesakan bermula Isnin lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Zohari Sulaiman berkata, laluan yang terlibat adalah Laluan 200 Hentian Bandar-Teluk Cempedak, Laluan 201 Hentian Bandar-Taman Gelora dan Laluan 302 Hentian Bandar-Indera Mahkota 1. "Selain itu turut telibat adalah Laluan 500 Hentian Bandar-Sungai Lembing, Laluan 301 Hentian Bandar-Bukit Sagu dan Laluan 401 Hentian Bandar-Kampung Ubai," katanya dalam kenyataan. Menurut beliau, jalan-jalan yang terlibat dalam perubahan trafik ini adalah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar. "Enam lagi laluan RapidKuantan adalah sama dan tidak berubah. Bagaimanapun kekerapan bas dan tambang untuk kawasan yang terlibat akan tetap sama," katanya. Beliau memberitahu, langkah ini adalah selaras dengan keputusan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk menukar beberapa jalan dua hala ke satu hala untuk tempoh percubaan selama tiga bulan dari 22 Julai hingga 21 Oktober sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Katanya, maklumat mengenai perubahan ini boleh didapati di laman web rapidKuantan atau facebook. "Orang ramai juga boleh hubungi RapidKuantan di talian 09-5663686 untuk dapat maklumat lanjut perubahan ini," katanya.#sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.