KUANTAN - Kehadiran bulan penuh berkat, Ramadan sememangnya membawa rahmat yang tidak terhitung khususnya bagi golongan tidak bernasib baik seperti anak-anak yatim.
Ketiadaan ibu bapa dan ahli keluarga tercinta sepanjang sebulan menjalankan ibadat berpuasa sebenarnya terselit seribu hikmah yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana mereka dikelilingi dermawan saban kali menjelma Ramadan.
Malah, segala rezeki yang menghujani sepanjang bulan itu bukan sekadar menyembuhkan kesedihan dan kesepian tetapi turut menggembirakan mereka dalam mengharungi cabaran berpuasa setiap tahun.
Pengasas Persatuan Kebajikan Ummu Zainab Raub, Norhisan Mohd. Shaharim berkata, kebiasaannya rumah kebajikan itu menjadi tumpuan dermawan apabila Ramadan tiba, sama ada untuk memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit atau barangan keperluan seperti makanan dan pakaian.
Menurutnya, semua bayaran tertunggak oleh rumah anak yatim itu juga mampu dilangsaikan menjelang Ramadan.
"Bulan Ramadan memang membawa rezeki kepada kami khususnya anak-anak yatim di sini dan kalaulah boleh saya mengharapkan Ramadan hadir sepanjang tahun," katanya di sini baru-baru ini.
Rumah kebajikan itu yang beroperasi kira-kira setahun lalu kini punyai seramai 20 orang penghuni terdiri daripada anak-anak yatim lelaki dan akan menambah jumlah penghuni di kalangan perempuan tidak lama lagi.
#sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan