script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis: Kes 'Tembak Mati Di Parit Buntar' Kes Terpencil !!

Kes tembak mati di Parit Buntar kes terpencil - Polis

PARIT BUNTAR - Satu lagi kes tembak mati berlaku di Parit Buntar pagi tadi dimana seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2. Namun, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan meminta orang ramai supaya tidak bimbang kerana ia adalah kes terpencil. "Walaupun ia kes terpencil, namun pihak polis tetap memandang serius dalam hal menangani masalah ini. Kami akan melakukan penyiasatan secara menyeluruh. Kami masih tidak pasti tentang motif penembakan sama ada ia adalah dendam atau gansterisme. "Yang pasti, keselamatan penduduk terjamin dan mereka tidak perlu bimbang," kata beliau . Tambahnya, kejadian berlaku berhampiran kawasan pendidikan, sekolah dan kawasan perumahan dan beliau sekali menegaskan supaya orang ramai tidak bimbang tentang isu ini. "Kami akan membuat rondaan di kawasan berhampiran demi keselamatan penduduk tempatan," tambah beliau. Menurut laporan, kejadian berlaku  jam 9.40 pagi tadi. Mangsa yang berusia 26 tahun sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi "tiga das" tembakan. #sumber
Share:

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Hurm... Hari ni je mangsa ke tujuh dalam masa tujuh hari kes ditembak. Menjadikan kes ke 27 dalam 4 bulan ini sahaja. Nampaknya kena lah beli kereta kalis peluru. Untuk bibik... Lolol

    Artikel penuh: http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kes-tembak-menembak-mati-shooting-spree-di-malaysia-najadi-sanjeevan.html

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.