KUANTAN - Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) menafikan mengeluarkan sebarang surat kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menjalankan aktiviti mengutip derma sepanjang Ramadan ini.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kumpulan pengutip derma yang menunjukkan surat kebenaran Muip untuk berbuat demikian.
Menurutnya, MUIP memberi kelulusan kepada pihak masjid, surau dan Sekolah Agama Rakyat untuk mengutip derma dan bukannya individu yang menggunakan nama rumah anak yatim dan sebagainya.
“Berdasarkan rekod, Muip hanya meluluskan 10 surat kebenaran untuk mengutip derma di negeri ini dalam tempoh tertentu dan sudah tamat Mei lalu.
“Kebanyakan pengutip derma yang tidak berdaftar adalah dari luar Pahang dan memberi pelbagai alasan berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Prihatin Muip di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.
Wan Abdul Wahid berkata, Muip akan terus memantau kegiatan tersebut melalui bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memastikan mereka yang menggunakan surat kebenaran palsu dikenakan tindakan.
“MUIP akan terus memantau situasi ini supaya tidak berleluasa dan orang ramai yang meragui status pengutip derma diminta lapor kepada JAIP,” katanya lagi. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan