KUANTAN - Individu yang didapati bayar zakat kepada mereka yang bukan amil yang ditauliah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.
Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Haladan Md Daud berkata tindakan boleh dilakukan mengikut peruntukan Enakmen No.8 Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).
"Kesalahan membayar kepada bukan amil atau mereka yang bukan amil menerima zakat boleh disiasat di bawah Seksyen 173 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata setakat ini belum ada sesiapa yang dikenakan hukuman berhubung kesalahan itu.
Haladan berkata PKZ Pahang melantik 950 orang amil di seluruh Pahang tahun ini.
Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak RM6.5 juta zakat fitrah dan RM102.8 juta zakat harta berjaya dikutip. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
30 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan