script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rafizi Di Cabar Ulang Dakwaan Lengkap Kaitkan SPR !!


BESUT - Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dicabar supaya mengulangi dakwaannya berhubung penglibatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung perolehan pembelian dakwat kekal. Menurut Abdul Aziz, Ahli Palimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberi tempoh selama seminggu untuk berbuat demikian sekiranya beliau bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dibuat di Dewan Rakyat minggu lalu. "Ketika di luar Dewan, beliau ulangi kenyataannya tapi tidak sebut nama dan jawatan kami dalam SPR. Ini adalah satu perbezaan besar kerana ketika berucap dalam Dewan Rakyat, beliau sebutkan nama penuh dan jawatan kami sebagai pengerusi dan timbalan. "Di luar Dewan beliau tiada imuniti, jadi beliau tidak sebut nama kami...hanya merujuk sebagai kepimpinan tertinggi SPR. "Kalau beliau bertanggungjawab dan betul-betul anak jantan, sila ulang kenyataannya supaya kami boleh berbincang dengan peguam untuk tindakan susulan," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut. Menerusi persidangan Dewan Rakyat minggu lalu, Mohd Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR, dedahkan nama seorang individu, Mohamed Salleh Mohamed Ali daripada Singapura yang didakwa pemilik kepada syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu. Syarikat Salleh, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd, didakwa dapat kontrak bekal dakwat melalui proses rundingan terus. Rafizi mendakwa Mohamed Salleh adalah seorang pakar rundingan terus yang juga mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi SPR serta timbalannnya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Hoi berok tua....pengundi cabar kamu letak jawatan kalau kamu anak jantan dan punyai kemaluan. Kamu buat kerja untuk parti pemerintah...bukan untuk rakyat Malaysia. Agong amatilah sikit suara rakyat yang marah kena tipu dengan berok tua ni...jangan asyik lelap je....kan...kan...kan...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.