KUANTAN - Seorang pencuri terpaksa berputih mata apabila gagal memasuki sebuah restoran di Jalan Air Putih selepas lebih tiga jam cuba mengumpil pintu besi restoran itu semalam.
Peniaga terbabit, Chan Chor Keong, 39, berkata, dia menyedari pintu berkenaan diumpil kira-kira-kira jam 4 pagi ketika mahu membuka kedai untuk memulakan perniagaan.
“Saya terkejut selepas melihat sebahagian pintu sudah rosak tetapi lelaki itu tidak sempat masuk ke dalam kedai kerana ada rak niaga di bahagian depan pintu yang diumpil,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Chor Keong memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai pelbagai di sebelah restorannya dan ternyata perbuatan tidak bermoral itu dilakukan seorang lelaki sahaja.
“Lelaki itu mula mengumpil pada jam 10 malam dan pergi dari kedai ini pada jam 1.30 pagi tanpa memasuki restoran saya,” katanya.
Chor Keong kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada jam 5.29 pagi.
Sementara itu, pemilik kedai membuat papan tanda, Phua Thim Wan mendakwa, kedainya juga pernah cuba dimasuki pencuri menyebabkan dia mengambil keputusan memasang kunci besi yang direka sendiri.
Katanya, kunci berkenaan lebih besar dan selamat digunakan berbanding yang dijual di pasaran.
“Polis tidak kerap meronda di kawasan ini tapi atas inisiatif sendiri, saya ada datang dan tengok keadaan kedai pada waktu tertentu,” katanya.
Katanya, kejadian itu juga adalah kali pertama berlaku selepas kes 1995 babitkan sebuah kedai lain yang berdekatannya. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
26 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan