TEMERLOH - Lelaki bergelar ‘Rambo Bentong’ yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun kerana kesalahan merogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh seorang anggota polis Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini semalam, atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan empat tahun lalu.
Rabidin Satir, 42, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong antara jam 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 pagi 8 Mac 2009.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Dia turut dituduh merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Rabidin memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Dusun di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Azman kemudian tetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula.
Tinggal di hutan
Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.
Tertuduh digelar ‘Rambo Bentong’ kerana tinggal di hutan di daerah itu dan menggunakan pisau Rambo bagi mengugut mangsanya. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
31 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan