script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

JPJ Tak Pernah Keluar Kelulusan Tinted Kedai Aksesori


BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan penggunaan filem penapis cahaya kepada mana-mana kedai aksesori kenderaan di seluruh negara. Sehubungan itu pemilik kenderaan diingatkan agar tidak terpengaruh dengan promosi pemasangan filem penapis cahaya melebihi 50 peratus ketelusan cahaya yang kononnya diluluskan jabatan berkenaan. Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri, Mohd Johari Mat Nor berkata, pemasangan filem itu boleh membahayakan keselamatan pengguna kenderaan terutama pada waktu malam atau pada hari hujan. “Pemasangan filem itu boleh mengganggu penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. “Justeru, pemilik kenderaan diminta tidak terpengaruh dengan tawaran penjual sehingga boleh memberikan kesan semasa pemanduan,” katanya selepas mengetuai ‘Ops Motosikal’ di Plaza Tol Bentong, dekat sini, kelmarin. Dalam operasi itu, JPJ mengeluarkan 56 notis saman daripada 96 kesalahan dikesan. Mohd Johari berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (lima kes), cukai jalan tamat tempoh (satu kes) dan tidak mempamerkan pelekat L (satu kes). Manakala bagi kesalahan memasang lampu LED adadua kes dan notis larangan penggunaan (42 kes). Katanya, operasi melibatkan empat pegawai dan 31 anggota JPJ dari cawangan Bentong serta Raub itu menjalankan pemeriksaan ke atas 339 kenderaan bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam. “Dalam operasi itu juga, JPJ menahan seorang lelaki tidak miliki sebarang dokumen diri dan memandu sebuah lori kecil dipercayai dicuri yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor. “Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, manakala lori itu disita,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.