SEREMBAN - Polis tidak menolak kemungkinan insiden tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R. Sri Sanjeevan semalam bermotifkan dendam.
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata bagaimana pun perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.
"Pihak polis juga sudah mengambil kenyataan dari rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan dari semasa ke semasa akan berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.
Osman berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi melancarkan siasatan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya hubungi pihak polis.
Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar hari ini, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Jempol. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
28 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan