script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rumah Peserta PPRT Rosak Akibat Di Hempap Pokok !


TEMERLOH – Seorang penerima bantuan rumah di bawah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Kampung Bangau Parit di sini merayu bantuan kerajaan negeri membaiki kerosakan kediamannya akibat dihempap pokok. Normawati Bakari, 37, berkata, kejadian ribut pada 29 Mei lalu menyebabkan sebatang pokok getah menghempap rumah baru didiaminya tahun lalu hingga rangka utama patah dan siling runtuh, selain kerosakan pada pendawaian elektrik. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM10,000 untuk membaiki segala kerosakan. “Kami menghabiskan RM1,200 untuk membeli kayu dan peralatan membaiki kerosakan, selain bayaran upah tukang rumah. "Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) juga membantu RM500, namun jumlah keseluruhan dianggarkan untuk baiki kerosakan ini adalah RM7,000,” katanya. Normawati berkata, dia tidak bekerja, manakala suaminya pula merupakan kakitangan awam rendah dengan gaji kecil. Menurutnya, bagi menyara tujuh anak pun tidak mencukupi, namun kini mereka terpaksa pula mencari duit untuk baiki kerosakan tersebut. “Kami harap sangat kerajaan negeri bantu membaiki kerosakan ini terutama pada rangka kayu utama, siling, dinding dan atap yang rosak teruk akibat kejadian itu,” katanya. Normawati juga berkata, dia berhasrat untuk menebang lapan pokok getah tua milik tuan tanah bersebelahan rumahnya. Katanya, kos menebang sebatang pokok adalah RM180, walaupun kosnya tinggi tetapi perlu dilakukan bagi mengelak kejadian seperti itu berulang kembali nanti. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.