script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ibu Tunggal Enam Anak Sambut Raya Secara Sederhana


JERANTUT - Kehilangan suami yang meninggal dunia 9 Jun lalu akibat penyakit barah usus amat dirasai seorang ibu tunggal enam anak apabila Syawal semakin hampir. Suriani Harun, 38, yang kini bersendirian bertungkus-lumus membesarkan anak yang masih bersekolah itu mendakwa, sambutan Aidilfitri kali ini kurang bermakna dan hanya disambut sederhana sahaja memandangkan mereka masih lagi bersedih atas pemergian arwah. "Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja kampung, berapalah sangat pendapatan saya dapat. "Jika dahulu, pendapatan arwah suami, Muhamad Yusoff yang bekerja sebagai pemandu bot penambang di Mutiara Taman Negara Resort (MTNR), Kuala Tahan cukuplah kami anak beranak untuk hidup secara sederhana," katanya. Namun, Suriani ternyata tidak berseorangan menghadapi kepayahan hidup apabila pihak MTNR tampil memberi sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung. Pengurus Besar MTNR, Nathan Vaithi berkata, pihaknya berjaya membuat kutipan sebanyak RM5,000 untuk membantu Suriani. "Sumbangan ini hasil derma 140 kakitangan pengurusan dan petugas MTNR yang diadakan sempena Ramadan. “Kita rasa terpanggil untuk membantu Suriani dan 6 anak arwah Muhamad membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya. Katanya, sumbangan itu juga bagi menghargai jasa arwah yang menjadi pemandu bot penambang di resort tersebut selama 19 tahun. Hadir sama, Pegawai Akaun MTNR, Nasarimah Othman dan Pengurus Pelancongan MTNR, Sabri Abdullah. Sementara itu Suriani berkata, dia amat bersyukur dengan bantuan tersebut. Dengan bantuan itu katanya, dapatlah dia menyediakan pakaian baru dan sedikit juadah untuk anaknya pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.