KUANTAN - “Kalau boleh saya nak tinggal dengan keluarga sendiri tapi emak dah tiada dan ayah pula entah ke mana,” luah Farhan, 12 (bukan nama sebenar) salah seorang penghuni sebuah rumah Pelindungan Wanita dan Kanak-Kanak, Casa Harapan di sini.
Farhan bersama dua lagi adiknya berusia sembilan dan tujuh tahun dibawa ke rumah itu sejak April lalu bersama ibu mereka selepas ditemui bergelandangan akibat kesempitan hidup.
Lebih memilukan, ibunya, Esah, 51 (bukan nama sebenar) yang mengidap barah payu dara kronik meninggal dunia Mei lalu memaksa tiga beradik itu menagih kasih penjaga baru mereka di rumah pelindungan tersebut.
“Ayah tidak pernah muncul di sini dan kami juga tidak tahu dia berada di mana,” luah pelajar sebuah sekolah kebangsaan di sini yang kini bersiap sedia untuk berdepan percubaan Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR).
Sebagai seorang abang, sikap bertanggungjawab terhadap adik-adik jelas tergambar apabila dia selalu menegur mereka jika membuat kesilapan.
“Kalau ayah atau saudara mara tidak datang jemput, kami akan beraya di sini sahaja tahun ini,” katanya dengan nada sayu mengenangkan nasib terpaksa menyambut hari lebaran tanpa keluarga buat pertama kalinya.
Dia yang berjaya meneruskan ibadat puasanya bagaimanapun tetap berharap agar ayahnya yang bergelar penagih dadah datang menjemput mereka untuk sama-sama beraya di kampung halaman di Terengganu.
Farhan dan adik-adiknya serta 15 penghuni rumah pelindungan itu ternyata amat gembira bila terima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, YB Sim Chon Siang bersama rombongannya, semalam. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
29 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan