script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Info Perubahan Trafik Dalam Bandar Kuantan !


KUANTAN  - Aliran lalu lintas membabitkan lapan jalan utama di bandar Kuantan akan diubah daripada dua hala kepada sehala bagi mengurangkan kesesakan bermula 22 Julai lalu. Berbagai komen, rungutan dan pandangan yang diterima dari kalangan pengguna jalanraya setakat ini. Apapun, tempoh percubaan perubahan ini ialah selama tiga bulan yang bakal berakhir 21 Oktober ini. Sebanyak empat lampu isyarat akan ditutup iaitu di Jalan Tanah Putih-Jalan Besar-Jalan Penjara; Jalan Penjara-Jalan Mahkota; Jalan Penjara-Jalan Haji Abdul Rahman-Jalan Mat Kilau dan Jalan Tun Ismail-Jalan Beserah. Jalan dua hala yang dijadikan sehala pula akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi fasa ini, jalan yang terlibat ialah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar. Pelaksanaan perubahan trafik ini melibatkan kos sebanyak RM4 juta. Sebarang cadangan atau aduan boleh dikemukakan kepada pihak Sekretariat Bahagian Jalan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan atau Bahagian Perhubungan dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di talian 09-5121555/666 atau laman sesawang MPK www.mpk.gov.my. Dibawah ini, beberapa info trafik terkini di bandar Kuantan yang dirakam pada Jumaat (26 Julai). Paparan ini adalah bagi memudahkan orang ramai terutamanya yang akan balik berhariraya atau pun berkunjung ke Kuantan.


Trafik di Jalan Mahkota sekitar jam 2.20 petang selepas Solat Jumaat keadaan masih stabil tanpa sebarang kesesakan. Laluan ini jalan utama ke Teluk Chempedak


Lokasi Jalan Mahkota
Semua kenderaan yang ingin teruskan perjalanan menghala ke Teluk Chempedak kini tidak boleh lagi masuk ke kanan di hadapan Hotel Suraya bertentangan dengan Hotel Kosma. Jika anda masuk anda akan U-Turn semula ke Jalan Besar arah HTAA Kuantan. Maka, sila masuk ke kiri dihadapan Pejabat Pos Besar 


Lokasi Jalan Tun Ismail
Pengguna tidak boleh membelok ke kanan berhadapan dengan Naza Motor. Jalan kini menjadi sehala dan hanya boleh jalan terus atau pun belok ke kiri sahaja jika ingin ke Jalan Beserah atau Teluk Chempedak. 


Lokasi Jalan Tun Ismail
 Simpang jalan keluar berhampiran Restoran Papa Rich (jln MGS School dan St.Thomas) agak kecoh apabila hanya satu jalan dibuka untuk keluar ke jalan utama. Keadaan jem agak teruk walau pun ada kon diletakkan di situ.


Lokasi Jalan Wong Ah Jang
Keadaan trafik lengang menghala ke Jalan Sultan Ismail (dari arah depan Cowboy). Pengguna tidak boleh lagi ke Kuantan Parade melalui Jalan Penjara dari arah Jln Kg.Tengah dan Jalan Wong Ah Jang. Perlu lalu Jalan Tun Ismail, Jln Bukit Ubi, Jalan Mahkota dan Jalan Besar sebelum boleh ke sana. 


Lokasi Jalan Bukit Ubi
Semua kenderaan tidak boleh lagi membelok ke kiri dihadapan Kedai Rakyat 1Malaysia untuk ke Jalan Gambut melalui Jalan Buki Ubi


Lokasi Jalan Merdeka
Semua kenderaan yang ingin menghala ke Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek terutamanya Teluk Chempedak perlu lalu jalan ini. Tidak boleh lagi lalu jalan biasa. Sampai depan Pejabat Pos Besar sila masuk ke kiri dan masuk ke kanan sebelum sampai ke trafik light Jalan Gambut depan MGS dan St.Thomas. Tidak boleh lagi guna trafic light masuk kanan macam biasa ikut jalan Hotel Grand Continental


Lokasi Jalan Gambut
Dari arah Jalan Merdeka sebelah IPK tidak boleh masuk ke kanan (arah Hotel Grand Continental - TNB). Pengguna perlu masuk ke kiri arah SUK Pahang... Dari arah Kamdar pula, tidak boleh lagi masuk ke kiri (depan SUK). Kena ke kanan (arah Bangunan MARA) atau U-Turn melalui PPD Kuantan (Sek.Keb Teruntum)



Lokasi Jalan Beserah (MS Garden)
 Hanya jalan satu hala sahaja dibuka dari arah Jalan Tun Ismail melalui Berjaya Megamall. Kenderaan dari Jalan Tun Ismail yang tersilap jalan akan masuk semula ke Jalan Gambut. Maka, berhati-hati ketika sampai di kawasan berhampiran Shell & BHP kerana dihadapan ada pembahagi jalan yang sudah dibuka untuk membolehkan pengguna mengambil jalan ke Teluk Chempedak, Tanjung Lumpur atau ke Jalan Besar dari arah ini.


Lokasi Jalan Hj.Abd Rahman
Jalan di hadapan Kuantan Parade - Center Point sudah diubah jadi sehala dari arah Jalan Penjara. Maknanya, pengguna tidak boleh lagi masuk dari jalan sebelah IPD Kuantan ke kiri seperti biasa. Kon diletakkan bagi menghalang lalu lintas. Jalan di Center Point juga hanya boleh dilalui menggunakan jalan di sebelah Restoran Mamak dan keluar ikut kawasan Parking depan Kuantan Parade (Aida's Cafe). Berhati-hati disini kerana anda akan benar2 keliru nanti. 



Lokasi Jalan Beserah (Simpang Tg.Lumpur)
Belok kiri jika ingin ke Teluk Chempedak. Berhati-hati di jalan ini kerana jika anda membelok ke kanan melalui lorong sehala (kanan) anda akan masuk semula ke Jalan Gambut melalui simpang jalan di Hotel Kosma -Hotel Suraya. Sila guna lorong sebelah kiri (berhampiran BMW) untuk melalui Jalan Besar. Kesilapan akan memberi padah kepada anda di kawasan ini.


Lokasi Jalan Besar 
Kawasan ini dilihat antara yang paling kritikal kerana Jalan Empat Lorong masuk ke Jalan Dua Lorong berhampiran UOB Bank dan Pejabat Kastam. Jika dulu, pengguna dari Jalan Mahkota boleh terus ke Jalan Teluk Sisik untuk ke Teluk Chempedak. Tp, dengan perubahan baru ini tiada lagi jalan ke TC yang dibuka melalui Hotel Suraya. Ini menyebabkan anda akan tersesat ke jalan ini jika tidak berhati-hati. Besar kemungkinan pengguna akan tawaf dua kali semata-mata untuk ke Teluk Chempedak jika alpa dengan papan tanda yang disediakan.


Lokasi Jalan Mahkota (Jalan Penjara)
Kawasan ini agak lengang kerana tiada perubahan ketara dari arah HTAA melalu Teruntum atau Jalan Besar depan Shell, mungkin pengguna tidak keliru di sini. Namun, Jalan Penjara kini sudah menjadi Jalan Sehala dari arah Komplek Teruntum ke Kuantan Parade. Berhati-hati melalui jalan ini . Jalan Penjara akan kembali bertemu dengan Jalan Wong Ah Jang berhampiran simpang empat Cowboy, Hotel Bersatu dan juga pusat perabut Tiga.

[Panduan arah dan informasi yang diberikan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Ada sesetengah jalan yang dipaparkan menerusi pelan yang disebarkan masih menunjukkan jalan dua hala seperti Jalan Gambut, namun hakikatnya jalan terbabit sudah menjadi satu hala. Oleh itu sebarang kesulitan amatlah dikesali. PDO akan membuat laporan seterusnya tentang situasi jalan-jalan di Kuantan selepas perubahan trafik dilakukan pada 22 Julai 2013 yang lalu. Dijangkakan, kenderaan akan mula bertambah mulai esok dan hari-hari seterusnya kerana orang ramai sudah mula membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri. Malah, tidak kurang juga anak-anak diperantauan yang akan balik bercuti untuk merasai saat berpuasa bersama keluarga masing-masing sekarang ini. Segala informasi yang disebarkan ini adalah atas iniseatif krew PDO sendiri. Kami memohon ampun dan maaf andainya ada kesilapan maklumat atas paparan ini. Segala kesulitan boleh diemailkan terus ke pahangdaily@yahoo.com untuk tindakan susulan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.