KUANTAN - Perubahan trafik di bandar ini sejak 22 Julai yang lalu akan menjadi ujian paling getir hari ini (Jumaat). Ia memandangkan, sudah menjadi tradisi bandar Kuantan akan penuh sesak dengan kenderaan hari ini terutamanya selepas solat Jumaat. Ini kerana orang ramai dari Kemaman, Kerteh, Paka dan Terengganu Selatan akan turun untuk membeli-belah dan membuat urusan di sini. Memang sejak sekian lama umum mengetahui "jalan jem" di Kuantan amat kritikal pada hari Jumaat. Maka, dengan perubahan yang berlaku kepada jalan-jalan utama termasuk Jalan Tun Ismail, Jalan Besar dan Jalan Mahkota yang menjadi laluan terpenting orang ramai ke bandar ini, ia sudah pasti menjadi ujian terbesar untuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melihat perubahan yang berlaku itu membawa kebaikan atau di tahap yang sama. Sebelum ini, banyak maklumat berlaku kemalangan di sana sini akibat orang ramai yang tersalah lorong akibat kekeliruan yang berlaku. Perubahan trafik selama tiga bulan di bandar ini sememangnya banyak memberi kesan positif kepada kesesakan, namun ada banyak komen dan rungutan daripada orang ramai yang kecewa kerana ia dilakukan tidak kena pada masanya. Mereka hairan perubahan dibuat terhadap jalan-jalan utama secara menyeluruh dan tidak secara berperingkat-peringkat. Keduanya, perubahan yang dibuat di bulan Ramadan tatkala umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri pasti mengundang seribu masalah. Apapun, MPK ada alasan tersendiri untuk melakukan demikian. Ia adalah untuk kebaikan semua.
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
27 minit yang lalu







agak2 laa nak buat perubahanpun..jarak kuantan parade ke ECM 1 jam..boleh terkencing terberak dlm kereta woo..agak2 berapa lah pendapatan pemandu teksi?
BalasPadamteruk. teruk.. bkn selesai jam.. makin jam adalh.. mpk.. selesaikn.. sedar tak skrrg ni nj keluar ke jln gmbg, satu jln je iaitu jln bsr.. sudah2lh buat kerja x faedah ni. byk dh mpk buat pembaziran.. klu kira petrol wasted, masa jam tmbh.. v r talking beyond the rm4mill cost.. hidden cost among public.. petrol etc
BalasPadam