script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pesakit Buah Pinggang Terpaksa Berhenti Dari Sekolah


JERANTUT - Seorang remaja terpaksa mengambil keputusan drastik meninggalkan alam persekolahan setelah disahkan mengidap sakit buah pinggang kira-kira tiga tahun lalu. Tindakan Amirul Ashraf Kamaruzaman, 18, itu turut menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan sering keluar masuk hospital dan mendapatkan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu. Menurutnya yang berasal dari Kampung Kuala Mai, Kuala Krau, Temerloh, dia disahkan mengidap sakit buah pinggang pada 2010 ketika berada di tingkatan empat. "Disebabkan selalu keluar masuk hospital, saya tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran dan terpaksa mengambil keputusan meninggalkan bangku persekolahan. "Namun, saya terima dugaan ini dengan hati terbuka kerana ujian ini datangnya dari ALLAH SWT untuk saya," katanya ketika program Ziarah Kasih Pertubuhan kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Jerantut di Hospital Jerantut. Seramai 42 pesakit wad biasa dan 30 pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan hemodialisis menerima sumbangan disalurkan. Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman. Sementara itu, Norol Azali berkata, orang ramai dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri. "Kesihatan anugerah yang tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dengan wang. Jadi Kita perlu menghargai nikmat kesihatan demi untuk diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat. "Jangan lupa juga membuat pemeriksaan kesihatan lebih kerap sama ada di klinik atau hospital kerajaan terdekat bagi mengesan penyakit lebih awal dan mendapatkan rawatan segera sekiranya disahkan sakit," katanya ketika ditemui media. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.