ROMPIN – 'Harapkan pegar, pegar makan padi,' begitulah perumpamaan sesuai diberikan kepada seorang pengawal keselamatan masjid yang ditahan pihak polis sekitar jam 6.15 pagi 22 Julai lalu kerana mencuri wang tabung Masjid Tengku Mahkota Abdullah, di sini.
Ketua Polis Daerah (IPD) Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, suspek ditangkap pihak polis ketika sedang menjalankan tugas di masjid tersebut.
“Hasil siasatan pihak polis, suspek yang bekerja di masjid tersebut sebagai pengawal keselamatan, ditangkap kerana mencuri wang dalam dua tabung besi masjid tersebut iaitu tabung untuk derma anak yatim dan tabung derma kebajikan masjid," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun menurut Johari, wang yang dicuri hanya RM30 masih lagi berada dalam simpanannya ketika ditangkap.
Menurutnya, suspek berumur 39 tahun itu dipercayai sudah beberapa kali melakukan kegiatan terkutuk tersebut berdasarkan laporan diterima daripada pihak masjid.
“Ini bukanlah kali pertama pihak polis menerima laporan mengenai kes sama, sebelum ini sudah beberapa kali dan kali ini suspek berjaya ditangkap.
“Hasil siasatan, pihak polis turut mendapati suspek punyai empat rekod kesalahan narkotik dan satu rekod berkaitan jenayah,” katanya.
Dalam masa sama, Johari sarankan supaya merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum ambil mana-mana individu untuk jadi pengawal keselamatan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
28 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan