script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengguna Keliru "Perubahan Trafik" Di Bandar Kuantan


KUANTAN - Pelbagai reaksi orang ramai diterima pada hari pertama percubaan perubahan aliran trafik babitkan beberapa jalan utama di bandar ini yang dijadikan jalan sehala bermula semalam. Jalan yang terlibat adalah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar. Tinjauan  mendapati, ramai pengguna jalan raya yang keliru dengan perubahan aliran trafik berkenaan. Seorang pengguna jalan raya, Riduan Mazlan, 37, berkata, dia bersetuju dengan alternatif yang diambil Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar Kuantan. Bagaimanapun katanya, pihak berwajib perlu kaji dan mengenal pasti laluan terbaik serta penuhi prasarana supaya tidak menyusahkan pengguna jalan raya. “Mungkin hari pertama, ramai yang tidak peka dan keliru dengan perubahan aliran trafik yang dilaksanakan. “Saya harap MPK akan menambah lebih banyak papan tanda sebagai panduan kepada orang ramai,” katanya. Pemandu teksi yang dikenali sebagai Pak Hassan, 63, berkata, dia turut menerima rungutan daripada penumpang mengenai perubahan aliran trafik. Menurutnya, laluan sehala yang dibuat menyebabkan perjalanan lebih jauh, namun ia masih di peringkat percubaan. “Kelam kabut sebab hari pertama, mungkin selepas ini keadaan akan kembali normal apabila orang ramai mula faham aliran trafik yang baru ini,” katanya. Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK akan teliti kesesuaian laluan yang perlu diubah dalam tempoh percubaan bermula semalam hingga 21 Oktober. Katanya, MPK juga akan memasang lebih banyak papan tanda supaya mudahkan pengguna. “Selain itu, terdapat 50 kakitangan MPK  ditugaskan 24 jam untuk pastikan keadaan berjalan lancar,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.