script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Keluarga Daif 'Perlukan Bantuan' Menjelang Aidil Fitri !


MARAN - Sebuah keluarga daif yang terpinggir yang mendiami sebuah rumah di Kg.Tanjung Gadong (Tg.Perang) berhampiran Tanah Rancangan Felda Kg.Awah dekat sini amat memerlukan bantuan orang ramai terutamanya umat Islam di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Keluarga yang dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) yang terdiri dari pasangan suami isteri warga emas dan dua anak perempuan itu kini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat menharapkan simpati orang ramai dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Tinjauan krew PDO ke lokasi, mendapati keluarga itu hanya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. "Apalah sangat dengan wang RM300 jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi pada hari ini.. bahkan saya tengok keluarga ini sepatutnya dipertimbangkan untuk mendiami rumah PPRT. Terfikir juga dibenak hari saya... apakah wakil kerajaan seperti Tok Empat, Tok Penghulu, JKKK mahupun wakil rakyat setempat terlalu sibuk atau pun tidak prihatin hingga terlepas pandang terhadap keluarga ini?.." kata seorang saksi yang ditemui. Ketua Keluarga berkenaan dikenali sebagai Pak Cik Bahar kini amat mengharapkan simpati semua pihak. Justeru orang ramai digesa menghulurkan sumbangan terus kepada mereka menjelang 1 Syawal ini hendaknya. PDO juga berharap agar Ahli Parlimen Maran, Dato' Ismail Muttalib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Ariffin Ismail memantau perkara ini. Mungkin mereka tidak dapat maklumat sebenar atau sengaja dirahsiakan oleh orang bawah demi kepentingan pihak tertentu. Bantulah mereka demi mencari keredhaan Allah di bulan Ramadan.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.