KUANTAN - Pahang ada potensi untuk jadi hab dalam industri penerbangan dan mampu atasi masalah kekurangan tenaga pakar dalam bidang penyelenggaraan pesawat.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Aviation Training Academy (MATA), Sulaiman Dahlan berkata, sasaran itu realistik bersandarkan kepada jumlah penuntut yang memohon mengikuti kursus berkenaan.
"Sasaran sejak awal pembukaan MATA adalah untuk menjadikan Pahang sebagai hab (industri) penerbangan di rantau ini. Kita punyai infrastruktur serta kelebihan dalam aspek kestabilan ekonomi dan politik berbanding negara lain.
"Oleh itu, kita kena pastikan kualiti modul ditawarkan kepada penuntut adalah setanding dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain tidak kira dalam atau luar negara," katanya.
Sulaiman berkata, pihaknya dapat kepercayaan daripada sebuah syarikat kejuruteraan penerbangan terbesar di Singapura bagi penempatan penuntut untuk ikuti latihan industri dan peluang pekerjaan.
Katanya, modul digunakan di MATA menepati piawaian ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan standard antarabangsa.
"Penuntut akan didedahkan pelbagai kemahiran khusus berbentuk teknikal, praktikal dan latihan pekerjaan di samping berpeluang berkhidmat bersama syarikat penerbangan.
"Buat masa sekarang, kita ada kira-kira 500 penuntut dan menjangkakan jumlahnya mencecah 800 orang menjelang tahun depan. Kita juga merancang membina kampus tetap tidak lama lagi bagi menampung peningkatan penuntut pada masa akan datang," ujarnya lagi.
#sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
31 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan