KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan beberapa perubahan baharu melibatkan beberapa jalan utama di bandar ini selepas pemerhatian dan aduan diterima berhubung perubahan aliran trafik sejak seminggu langkah itu dilaksanakan.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, setelah mengambil kira beberapa faktor serta mengatasi kesesakan di jalan utama, MPK melakukan perubahan lalu lintas secara berperingkat membabitkan Jalan Teluk Sisek dan Jalan Gambut.
Dalam tempoh tujuh hari percubaan ini, MPK melalui pusat panggilan telah menerima sebanyak 80 aduan dan cadangan daripada orang ramai bagi menambah baik sistem lalu lintas di bandar ini.
Menerusi perubahan baharu itu, Jalan Teluk Sisek kembali dibuka menjadi dua hala berbanding sehala dalam tempoh percubaan sebelum ini," katanya di sini.
Menurut Haslinda, pihaknya juga meminta orang ramai agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum ke destinasi yang hendak dituju dengan melalui jalan alternatif lain bagi mengelak berlakunya kesesakan. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
27 minit yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan