script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isteri Maut, Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda !!


BENTONG – Perjalanan pulang lima sekeluarga bertukar tragedi apabila salah seorang dari mereka maut terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.6 Jalan Bentong-Karak kira-kira jam 12.50 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang maut ialah Sariza Abu Samah, 46, menaiki kereta jenis Toyota Corolla dipandu suaminya, Saperi Din, 52 dan seorang anak lelaki berusia 14 tahun dan dua anak perempuan masing-masing berumur 4 dan 10 tahun. Katanya, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari arah Karak ke kediaman mereka di Taman Bentong Makmur dekat sini. “Setibanya di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong ke Karak. “Akibat kejadian itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan dipercayai tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat,” katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bentong sebelum dituntut ahli keluarga. Katanya, suami mangsa pula patah tangan manakala tiga anak mereka hanya cedera ringan manakala pemandu pacuan empat roda pula cedera di bahagian kepala. “Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” kata beliau. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.