script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mydin's Cawangan Kuantan Cuba Tipu Pelanggan


Perhatian kepada orang ramai yang berkunjung untuk membeli belah menjelang Aidil Fitri di Pasaraya Mydin's diseluruh negara. Seorang pelanggan telah ditipu hidup-hidup oleh Mydin's Cawangan Kuantan ketika beliau membeli Cermin Mata yang berharga RM9.90. Bila bayaran mahu dibuat, harga yang dipaparkan pada skrin komputer juruwang menjadi RM10.00. Bila ditanya, beliau dipaksa membayar RM10.00 sedangkan jelas harga RM9.90, setelah dipanggil beberapa orang pegawai berkenaan barulah baki RM0.10 dipulangkan kepada beliau. Soalnya, apakah ini kecuaian atau pun penipuan terancang?. Bayangkan jika dia membeli dengan harga BORONG?. Sudah pasti harga RM10.00 akan dikira. Keduanya, mungkin kesilapan Mydin's mencetak harga pada cermin mata berkenaan, jika tidak pasti pelanggan terpaksa membayar RM10.00. Siasatan dibuat mendapati banyak barangan yg tidak dicetak tanda harga, hanya guna BAR CODE ... Justeru, awasi diri anda dari tertipu. Ingat, di musim perayaan ramai yang tidak CAKNA perkara ini. Oleh itu, diharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) dapat memantau laporan ini. Jangan biarkan pasaraya borong mencuri wang pengguna dengan begitu mudah. Jika satu barang Mydins ambil RM0.10 !! Maka bayangkan andainya ada 1,000 barang sehari yang dijual?. Bukankah dengan mudah penipuan ini boleh dilakukan mereka.
Share:

2 ulasan:

  1. Pdo tdk menyediakan ruang utk komen aliran trafik d kuantan pd ari sabtu n ahd lps. Pdo harus faham kebanyakn pemandu naik trauma tuk kuar kebandar di kedua2 ari cuti tersebut dek kesesakn teruk trafik. Setelah persimpangn tglumpur/jln beserah/tc dikembalikn spt asal, keadaan agak pulih, mcm kata ydp mpk percubaan demi percubaan terpaksa d lakukn tp ydp n pakar dari utm tak leh pikir dari 2 aliran trafik keluar dari bandar jd 1 aliran je , contoh, spg tg lumpur tu. bandingkn pula aliran trafik masuk, dari jln sg lembing, jln gambang, beserah, tg lumpur. Tak de problem tuk kuar balik ke sg lembing n gambang, cukuplah test n trial menyusahkn penduduk ktn.

    BalasPadam
  2. harap polis hukum perogol yang merogol dimaran.diantara perogol adalah dua orang adik beradik merupakan pelajar sekolah agama jaip.ayah mereka merupakan orang berpengaruh dimaran dan juga merupakan pengerusi PIBG disebuah sekolah menengah.akak merupakan calon baru dalam pru 13 baru2 ini.harap pihak polis telus dalam siasatan dan tidak berlaku pilih kasih.rakyat pahang kebanyakan tahu kes ini.cuma ingin melihat sejauh mana ketelusan pihak polis dalam menjalankan kerja.diharap pdo dapat menyiarkan berita yang telus.jangan jadi seperti media arus perdana yang lain.selalu menyembunyikan berita sebenarnya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.