KUANTAN - Seorang juruteknik maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pokok di Km 193.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Sri Jaya semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, nahas berlaku pukul 2.30 petang ketika Mohammad Amiruddin Mat Lazim, 24 dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. "Mangsa yang berasal dari Paka, Terengganu mati di tempat kejadian akibat parah di dada dan kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, berdasarkan siasatan awal polis, kereta mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok di situ. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. #sumber
Puting beliung debu ‘jengah’ sawah
-
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik
cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman
beri...
29 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan